? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Thursday, April 9, 2009

KeTika & KaliMat

Aduh..!tension betul la sem ni. Mana taknya banyaknya kerja nak kena buat. Aura assignment dah terasa lagi dari sem lepas. Dengan projek paper yang kena siapkan. Kalau tak siap tak dapat grade la aku. Pening memanjang. Sakit tension memang tak lekang melekat teguh kat kepala. Habis satu, satu pula.. Huh…


Dalam sibuk-sibuk siapkan assignment terakhir subjek bahasa dalam multimedia, buat blog, aku mula rasa beban kurang sikit, ingat boleh tumpukan buat novel yang terpaksa buat minimum seratus muka surat, aduh…tak habis lagi mengeluh, dengar pula kena buat ketika dan kalimat, 10 muka surat pula tu, dah la ‘single spacing’, peningnye…rasa macam nak pecah kepala otak aku..fikir pula apa benda nak tulis dalam sepuluh muka surat tu.. tanya pula kawan-kawan, nasib baik la semua ‘sporting’, dan baik hati beritahu.

Mula-mula masuk kelas bahasa dalam multimedia, aku tertanya-tanya apa benda la belajar dalam subjek ni nanti. Harap-harap la tidak membosankan. Kelas mula pukul 12 tengah hari. Hari pertama datang kelas, tak semangat lagi nak belajar. Pensyarah yang mengajar ialah Dr. Normaliza, tak kenal pun selama ini. Aku berfikir juga pensyarah ini nanti mengajar macam mana. Tak habis lagi fikir, Dr. Normaliza pun masuk kelas. Aku masih lagi rileks, duduk dekat-dekat belakang juga la pada masa itu, masih lagi bersembang dengan rakan yang duduk sebelah tapi mata memandang ke depan la, tanda sedar pensyarah dah masuk, hehe..

Dr. Normaliza bersuara. Fuhh…dasyat Dr. ni. Tegasnya…dalam hati je la cakap. Perkara pertama yang diberitahu berkenaan dengan masa masuk kelas. Tak boleh lambat. Lambat je kena. Kalau alasan tak kukuh, memang tak lepas. Tapi, akhirnya nanti Dr. Normaliza suruh duduk juga. Baik hati sebenarnya, tegas je, hehe..Pernah sekali, beberapa pelajar budak lelaki lambat masuk. Kena berdiri kat depan. Yang kelakarnya, kalau nak duduk kena buat pantun dan ucapkan di depan Dr. Normaliza. Haha…macam-macam, dah la mesti dua rangkap sahaja, serta pantun yang tidak pernah didengarnya lagi, kena la budak-budak ini cipta sendiri. Lambat lagi otak berfikir, lambat lagi la tak duduk.

Kelas hari itu pula ada kerja kumpulan. Nak tak nak, tahu tak tahu, bantai je la apa pantun yang terlintas dalam fikiran ketika itu. Dah la kerja yang diberi pada hari tersebut kena hantar sebelum pukul 2 petang. Nasib baik aku tidak pernah datang lambat kelas bahasa dalam multimedia ini. Dr. Normaliza ni memang seorang yang menepati masa. Tepat-tepat jarum jam menunjukkan pukul 12 tengah hari dia masuk.

Apa yang aku nampak sepanjang mengikuti kelas multimedia ini, Dr. Normaliza tidak begitu gemar kepada pelajar yang suka duduk di belakang. Pantang bagi dr. melihat kalau ada kerusi kosong di depan ada lagi. Orang yang duduk di barisan paling belakang la yang menjadi mangsa. Terpaksa pindah ke tempat duduk yang baru. Dalam hati mesti rasa menyampah. Tapi kalau tak ikut arahan pula, bagi kesan pula pada markah. Pasal markah je, lemah jiwa. Kena akur juga akhirnya. Namun, kelas seterusnya, pelajar dah biasa dan nampak gayanya sudah tidak kisah duduk di mana-mana sahaja. Biasanya duduk dekat dengan ahli kumpulan yang lain, supaya senang apabila tugasan diberi.

Perkara kedua yang diberitahu Dr pada hari pertama ialah bentuk kumpulan. Dalam satu kumpulan tu mesti ada 6 orang. Ahli kumpulan kena cari sendiri pula. Nasib baiklah dapat. Lepas itu, cari nama kumpulan. Nama kumpulan kami ‘Gema Genderang’. Ahli dalam kumpulan kami terdiri darpada Adda, Yaya, Diana, Ety, aku sendiri dan satu-satunya lelaki dalam kumpulan kami iaitu Acap. Nasib baik semua tinggal dalam satu kolej, senang sikit masa buat kerja kumpulan nanti.

Selepas bentuk kumpulan, macam biasa la, mesti cakap-cakap dengan ahli kumpulan. Pada masa ini Dr. Normaliza menasihati semua pelajarnya ketika memilih ahli dalam kumpulan. Ini bagi mengelakkan berlakunya ketidaksefahaman dalam ahli kumpulan dan jika ianya berlaku, kumpulan itu juga la yang susah. Jadi, katanya “Pilih betul-betul, saya tak nak nanti ada komen dalam ahli kumpulan awak sendiri kata dia ni seorang sahaja yang tak buat kerja. Saya tak mahu. Oke..rasa-rasanya dia tidak dapat memberikan kerjasama, jangan ambil dia jadi ahli kumpulan. Faham? Menyusahkan. Kalau seorang tak hadir, markah untuk kumpulan itu kosong” Apa lagi, mula lah siapa yang merasakan dirinya itu memang ‘suka menumpang’ je dalam membuat kerja kumpulan buat muka kasihan, hihi..siapa tu? Maaf ya kawan-kawan, kalau ada yang terasa..tapi, kalau ada ubahlah perangai ya..

Dalam kelas multimedia ni memang banyak kerja. Lupa pula urutan. Hehe..tulis je la apa yang termuncul dan terlintas di fikiran dulu. Cerita projek besar dulu. Apa pula projek besar ni? Nak tau, tugasan ni kena buat kat luar UPM. Apa lagi, pergi rumah anak yatim la. Aku dah la tak pernah pergi rumah anak yatim. Nak pilih dan mencari tempat rumah anak yatim, fuhh..mencabar juga tugasan ni. Nasib baik la semua ahli dalam kumpulan aku bijak dan memberi komitmen yang begitu tinggi, jadi apa-apa masalah yang datang pun boleh ditempuh bersama dengan cekal. Bak kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Sehati dan sejiwa itu amat penting. Syabas dan terima kasih kawan-kawan.

Langkah pertama, setiap orang dalam kumpulan aku ada peranannya sendiri. Perancanagn sebegini memudahkan kelancaran program kami semasa pergi ke rumah anak yatim. Banyaknya benda baru yang dipelajari. Kena buat proposal, telefon rumah anak yatim yang ingin dituju, mencari cenderamata yang hendak diberikan kepada adik-adik, dan sebelum pergi tu kena bentang aktiviti yang nak dibuat pada hari kejadian pula kat blik Dr. Normaliza, semua ahli kumpulan kena ada pula masa jumpa tu, kalau tak cukup lagi, tak dibenarkan masuk. Lepas pergi, minggu ke 13 kena bentang kat dalam kelas pula. Tapi syukur la, semuanya berjalan dengan lancar. Begitu juga dengan kumpulan lain. Tahniah semua.

Tugasan lain yang tak boleh lupa juga ialah semasa kena bawa laptop datang kelas. Apa pula la yang kena buat kali ni. Rupa-rupanya kena buat esei. Kena tulis lapan muka surat. Hantarnya pula pukul 2 petang. Aduh..masa ni tension datang. Maklumat pula mana boleh ‘copy’ dan ‘paste’ dari internet. Kumpulan kami berusaha mencari isi utama dan membuat huraian secepat mungkin. Masa berlalu rasa macam cepat sangat. Cuaknye…kalau dah siap pula kena hantar melalui e-mail. Internet pula mula-mula buat hal, rasa risau dah naik kat kepala. Melihat dah ada kumpulan lain yang siap, bertambah la menggelabah. Namun, akhirnya siap dan dapat dihantar dengan sempurna dan yang paling penting kumpulan kami tidak disuruh membuat balik. Terasa lega…

Tugasan yang berikutnya pun kena kejar masa juga. Memang rasa sangat tertekan tetapi bila dah lepas siap, rasa seronok pula. Best la kelas bahasa dalam multimedia ni sebenarnya. Tengah buat nak siapkan tugas itu, semua muka serius, bukan apa, fokus tu penting. Lepas tu, baru kita sedar, tugasan yang dibuat itu, bukan hanya tugasan semata-mata tetapi mengajar kita untuk membiasakan diri bekerja di bawah tekanan. Apa yang penting, kerjasama.

Subjek bahasa dalam multimedia ini ada kelas tutorial dan wajib hadir kepada sesiapa sahaja yang mengambil subjek ini. Tapi, sebelum itu, kena pula tulis nama pada kertas yang telah ditampal di luar bilik Dr. Normaliza. Sampai depan bilik, kena pilih sendiri pula hari dan waktu yang kita nak. Aku memilih untuk hadir kelas tutorial hari khamis petang , bermula pada pukul 5 petang dan berakhir pada pukul 7 petang. Tempatnya di Sanggar Bahasa. yang mengajar masa tutorial waktu itu ialah Cik Aliaa. Kelas tutorial ini pun tidak boleh hadir lambat. Kalau lambat je tak dibenarkan masuk. Memang mengajar aku berdisiplin dan menghargai masa la kelas bahasa dalam multimedia ni. Arahan pertama yang diterima ialah kalau dah duduk meja tu dari mula, tak boleh tukar sampailah kelas tutorial yang terakhir.

Mula-mula masuk kelas tutorial, pun mengalami kejutan yang sama dengan ketegasan Cik Aliaa. Mula la dalam hati kata, garangnya Cik Aliaa ni, banyak peraturan kena ikut. Dalam kelas tutorial ini, handphone tak boleh berbunyi. Kena ‘silent’kan. Ingat lagi Cik Aliaa kata ‘hanya handphone saya sahaja yang boleh berbunyi, kamu semua tidak’. Aku berkata dalam hati, dia boleh kita tak, tak aci betul. Tapi, bila difikir-fikirkan, bagus juga undang-undang ini dibuat, supaya tidak mengganggu membuat kerja.

Masih teringat lagi, sebab cuak nak present terlupa pula nak silentkan. Kebetulan, dalam kesibukan dan keasyikkan membuat tugasan yang diberikan dalam makmal, telefon berbunyi. Bila aku dengar bunyi ringtone macam aku punya, mulalah fokus aku terganggu buat kerja. Aku diam, kononnye harap bukan aku punyala. Bunyi kali pertama tu Cik Aliaa tak tegur, aku ingat sekali sahaja berbunyi, rupanya berdering lagi. Cik Aliaa kata ‘hai..siapalah yang tak mengaku handsetnye berbunyi?’. Aku pun pantas bangun, yang kelakarnya, bagi aku la, bukan aku seorang yang bangun, ada lagi seorang, ringtone sama bunyi kot. Tetapi nak tengok gak, mana tahu, telefon aku ke. Memang sah aku punya. Aku pun cepat-cepat silence. Lepas tu, buat selamba kembali tempat duduk, padahal dalam hati kecut perut. Huhu..

Cik Aliaa menerangkan bahawa dalam kelas tutorial ini kena siapkan 4 tugasan iaitu, persembahan power point, buat calendar, cipta laman web dan buat blog. Tugasan pertama, persembahan power point, kena pilih tajuk. Biasa la tu..yang tak biasanya kena cari tajuk isu luar negara dan tak boleh sama walaupun dengan tajuk kumpulan tutorial yang lain dan juga tajuk yang pernah dibuat oleh senior-senior lepas. Aduh…pening kepala fikir tajuk apa la nak buat, dah la nak kena bagi tajuk hari itu juga pada Cik Aliaa. Tapi kena fikirkan juga. ‘Siapa yang rasa dah dapat pergi ke depan tulis tajuk’ kata Cik Aliaa.

Tengok ada yang pergi ke depan, bertambah la runsing aku memikir-mikir mencari tajuk. Ni lagi satu hal, takut tajuk yang difikirkan hendak buat dah orang lain ambik. Aku pun ambil keputusan untuk berbaris sama sambil otak ligat berputar mencari tajuk dengan kawan-kawan yang lain. Nasib baiklah tajuk aku tak ada siapa yang fikir, huhu..aku buat tajuk ‘Pakaian tradisional masyarakat Malaysia’. Baca balik tajuk, rasa macam tak ada kaitan dengan isu luar negara, tapi dah Cik Aliaa luluskan tajuk, isu luar negara ke bukan, tak kisah dah..huhu..

Baru tajuk je yang lepas. Dalam persembahan power point itu nanti, kena ada gambar la pula yang berkaitan dengan tajuk serta mesti ada ciri-ciri asas grafik. Siap dengan lagu lagi dan mesti sebanyak 20 slide kena buat. Masa masuk kelas minggu present, rasa takut meluap-luap. Mana taknya, takut power point tak jalan, lagu tak keluar. Banyak kali cuba, sebelum pergi kelas di bilik lagi, pasang kat laptop tengok, sampai kat kelas cuba lagi.

Masa tunggu giliran seram sejuk, tengok persembahan rakan-rakan yang lain. Pc tak boleh on, mesti bagi tumpuan kat persembahan yang lain, sama ada berjalan atau tidak, tengok depan juga. Nama aku dipanggil oleh Cik Aliaa je, berdegup jantung rasa nak keluar. Takut beb…nasib baik la berjalan dengan lancar. nasib baik lah present sekejap je 3 minit Dah la sebelum aku present, ada yang tak dapat keluar lagu, terus je Cik Aliaa kata ‘Next’, bertambah la cuaknya dalam hati.

Masuk tugasan individu kedua iaitu buat calendar. Teruja nak buat. Buat calendar ni perkara baru yang aku tak pernah buat lagi. Rasa macam tak percaya pula boleh buat calendar sendiri. Buat calendar ni pula mesti guna Microsoft Adope Photoshop. Dah la kat laptop aku tak ada, kena installed, kalau tak. tak boleh siap jika harap buat masa kelas toturial sahaja. Pemilihan latar belakang tak kisah asalkan bukan berlatar belakangkan kartun. Lepas itu kena ‘crop’ gambar. Lepas itu kena tunjuk. Cik Aliaa datang ke setiap meja memantau setakat bulan mana sudah siap buat.

Buat calendar ini memang mencabar. Nak crop gambar bukannya senang. Lepas tu, tulisan untuk hari dan tarikh kena jelas. Lepas siap tu, tak pasti lagi boleh print kat kedai, kena tunjuk dahulu pada Cik Aliaa. Mahal juga kos buat calendar ini, RM27 ringgit. Huh…nasib baiklah dikembalikan, hehe..Tambah pula masa print jadi calendar yang sebenarnya, bukannya boleh siap dalam satu hari. Masa nak hantar dah semakin suntuk. Tetapi, nasib baik la sempat siap.

Masa nak hantar minggu tu, aku tak boleh datang kelas pula, sebab aku ada pergi kursus dan aku wajib pergi. Nasib baik la Cik Aliaa faham dan meminta supaya aku past kat kawan je calendar tersebut. Terima kasih Cik Aliaa, Kepada Na, terima kasih tau tolong aku hantar calendar.

Tugasan yang seterusnya semakin mencabar iaitu mencipta laman web. Ianya berkaitan dengan diri kita. Dah la masa Cik Aliaa mengajar tu aku tak ada, kena tanya kawan-kawan. Untuk buat laman web ni pula kena gunakan Microsoft office FrontPage 2003. Rintangan menghasilkan laman web inilah tugasan yang paling tidak boleh aku lupakan sepanjang menghadiri kelas tutorial. Aku benar-benar diuji. Mula-mula, nak installed lagi Microsoft Office FrontPage 2003 tu, nasib baiklah kawan aku Ety yang sama kelas tutorial dengan aku ada Microsoft tu, barulah aku boleh mula buat. Terima kasih Ety.. Minggu kedua membuat laman web di makmal aku datang.

Sampailah kepada minggu untuk tunjukkan laman web masing-masing semasa di dalam kelas tutorial khamis petang, aku tak siap lagi. Kawan-kawan lain yang aku tanya dah dapat link. Aku punya satu pun tak link apa-apa lagi. Aku masih rileks lagi, kelas petang khamis. Sehari sebelum hari aku masuk kelas tutorial, mulalah bertungkus-lumus siapkan laman web. Esok harinya pagi sambung buat lagi.

Kerja aku menaip je apa yang aku nak masukkan ke dalam laman web aku tu. Aku letak biodata, pendidikan, keluarga, galeri, nukilan dan mutiara kata. Semuanya aku saved dalam pendrive. Sebelum pergi kelas petang tu, aku buka balik kat laptop aku, ada cuma tak link lagi. Aku pergi awal kelas petang itu dengan Diana. Sampai je kat Sanggar Bahasa, makmal dah buka. Rupa-rupanya dah ada yang sampai lebih awal. Aku pun cuba buka. Cuba punya cuba, tak juga keluar-keluar. Mula la cuak. Aku tanya Adda, seorang ahli kumpulan aku juga duk meja belakang aku. Dia datang tengok, memang tak boleh. Aduh…macam mana la ni..kelas dah nak mula dah. Aku beritahu kawan-kawan aku, aku nak balik kolej saved semula laman web aku tu. Takut pula datang lambat nanti. Peningnya..Cik Aliaa pula tak datang lagi, aku nak beritahu aku balik saved sekali lagi, takut tak bagi pula. Macam-macam la aku fikir masa tu.

Aku pun mengambil keputusan untuk menghubungi Cik Aliaa. Aku call. Tak ada jawapan la pula. Aduh…aku hantar mesej, tak berbalas, nak terus je balik takut Cik Aliaa tak bagi. Aku cuba lagi call. Nasib la dapat dan Cik Aliaa benarkan aku balik semula saved semula laman web aku tu. Masa tu dah gementar sangat, aku masuk kelas cuma ambil pendrive dan kad matrik je. Kena pula tunggu bas punya la lama, dah la kena pergi fakulti lain dulu. Aku rasa macam lama sangat dalam bas tu.

Sampai kat kolej, aku cepat-cepat pergi bilik, top floor pula tu. Sampai kat depan bilik nak buka, lupa pula aku tak bawa kunci bilik. Aduh..aku terpaksa turun balik pergi pejabat, nasib baik masih lagi buka, dapat aku minta kunci. Letihnya..naik lagi tangga. Masuk bilik je aku cepat-cepat saved. Keluar dari kolej pun tergesa-gesa. Bas pula tak bergerak-gerak. Jam dah menunjukkan pukul enam petang. Dah la aku teringatkan Cik Aliaa kata satu jam seterusnya nanti nak ajar buat blog. Aku cuba tenangkan diri.

Sampai je kat kelas, Cik Aliaa dah ada kat mejanya. Aku ingatkan dah mula belajar buat blog. Rupanya tak lagi, rasa lega sikit. Aku cuba buka laman web aku, Cik Aliaa dah mula nak pusing nak tengok. Aku minta bantuan Adda, Yaya pun datang sama tolong. Tengah cuak macam ni memang boleh lupa segalanya. Cuma tinggal nak link je lagi. Adda dengan Yaya bagi semangat kat aku, diaorang kata ‘sempat lagi Gading, cepat buat, kiteorang tolong’.

Tengah nak link tu, background semua hilang pula, kena la masukkan balik. Aduh..sabar je la aku... Cik Aliaa dah semakin hampir. Lepas aku masukkan latar belakang, Adda dengan Yaya datang lagi tolong. Dalam rasa cemas tu, boleh pula aku nak tergelak, aku ni…sebab aku rasa mereka berdua pula yang lebih-lebih gementar dari aku. Haha..tangan Yaya dah menggeletar pegang mouse, Adda pula macam nak menangis. Nasib baik la semua sempat link. Terima kasih banyak-banyak buat Adda ngan Yaya, bantu aku. Tanpa korang, entahla..thanks so much..

Cik Aliaa datang tengok, gambar pula tak keluar yang aku letak dalam galeri. Rupa-rupanya kena letak dalam satu folder. ‘mana gambarnya?’ tanya Cik Aliaa. Aku cuma dapat jawab ‘dah saved tadi tapi tak tau pula macam mana tak boleh keluar’. Buat bodoh je la aku tika tu.. hai, letih aku bercerita, bila ingat balik semua ni, terasa aku nak gelak lagi, haha..

Minggu depannya pula belajar buat blog, tugasan terakhir dalam kelas tutorial. Belum buat lagi dah kena ada kerja lain perlu buat dahulu pula. Iaitu, mesti menemuramah seorang tokoh dan dapatkan maklumat tentang tokoh yang dipilih tersebut. Blog yang dibuat nanti mestilah dimasukkan segala maklumat yang kita perolehi. Masa temuramah itu nanti kena ambil gambar bersama pula dengan tokoh tersebut. Kata Cik Aliaa, sebagai bukti kita menemuramah.

Lepas itu, kena post sebanyak sepuluh post dalam blog yang dah dibuat. Macam-macam..nak buat temuramah la yang paling lecehnya. Nak temuramah siapa ni, tu la soalan yang bermain di kepala. Akhirnya, aku pun menemuramah, Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin berkaitan dengan penglibatannya dalam deklamasikan sajak. Aku ditemani oleh Iza, yang juga sama-sama mengambil subjek bahasa dalam multimedia, tetapi kumpulan tutorial tak sama, Iza masuk kelas tutorial hari rabu. Blog dia dah siap pun masa tu, aku pula baru nak pergi temuramah, hihi..terima kasih banyak Iza..

Aku rasa dah banyak dah aku tulis ni tapi tak sampai lagi sepuluh muka surat. Aduh…seksanya rasa dengan tugas terakhir yang Dr. Normaliza suruh ini. Aku gagahi juga jari-jemariku menekan abjad demi abjad digabungkan untuk menjadi ayat.

Berbalik pada cerita masa datang kelas setiap rabu pula. Seperti biasa sebelum pukul dua belas tengah hari itu, kena dah masuk kelas. Semua pelajar hadir. Inilah baiknya kalau pensyarah itu tegas seperti sikap Dr. Normaliza ini. Pelajar nak datang lambat je masuk kelas pun takut jangankan nak ponteng kelas. Tahniah la Dr. sebab menjadi pendidik yang berjaya mendisiplinkan pelajar-pelajar supaya menepati masa walaupun mungkin hanya dalam kelas bahasa dalam multimedia ini sahaja.

Tunggu punya tunggu, Dr. Normaliza tak masuk kelas lagi. Pensyarah lain pula masuk. Dr. Arbaie Sujud. Orangnya badan kecil je. Jangan tak tahu dan tak kenal, beliau adalah Ketua Jabatan dalam Jabatan Bahasa Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Hairan juga, Dr. Normaliza tak datang ke, persoalan itu bermain di kepala aku. Rupa-rupanya, dalam subjek bahasa dalam multimedia ini, ada sesetengah tajuk itu dikendalikan oleh Dr. Arbaie. Beliau mengajar selama dua minggu berturut-turut. Tugas yang diberikan oleh beliau ialah bagaimana memaparkan papan cerita. Ilmu yang diajarnya ini penting semasa membuat blog. Mula-mula dengar Dr. bercakap sahaja dar awal masuk kelas, apa lagi ngantuk la mata.

Kelas tengah hari macam ini memang ngantuk. Lebih-lebih lagi kalau pagi dah makan nasi lemak ke, mula la menguap. Lepas itu, beliau tunjukkan multimedia yang pada saya amat menarik tentang nota untuk pelajar darjah lima, subjek tatabahasa. Kesemua asas grafik ada di situ. Ingat lagi kata-kata beliau ‘walaupun kita bukan pelajar multimedia dan tak ada basic bagaimana hendak buat, tetapi kita haruslah menggunakan kepakaran yang kita miliki yakni bahasa, dengan memasukkan teks yang sesuai dengan apa yang kita ingin buat’ betul juga kata Dr. Arbaie. Walaupun belajar bahasa, kita boleh masuk dalam bidang multimedia ini sebab, multimedia ini juga memerlukan bahasa. Nampaknya, luas juga bidang yang boleh diceburi oleh pelajar bahasa ni ya..puji course sendiri pula, hihi..

Apa yang aku pelajari sepanjang mengikuti kelas multimedia ini juga ialah sikap saling bantu-membantu dalam ahli kumpulan amat penting. Misalnya semasa menjalankan aktiviti melipat kertas sehingga menjadi sebuah kotak kecil yang comel. Setiap kumpulan diberi kertas saiz A4 dan setiap seorang dalam ahli kumpulan ambil satu.

Arahannya senang sahaja. Pertama, kena faham arahan yang dipaparkan pada rajah yang ditunjukkan oleh Dr. Normaliza di depan. Tapi tak boleh cakap pula, kena fahamkan langkah-langkah yang telah ditunjukkan di depan. Aku mula-mula memang tak faham. Nasib baik lah Acap, ahli kumpulan aku juga faham dan tahu bagaimana cara melipat kertas tersebut sehingga menjadi satu bentuk yang sempurna seperti yang sepatutnya. Dalam terpinga-pinga nak lipat tu, Dr. Normaliza berkata lagi, siapa yang kumpulan sudah siap keenam-enam dapat markah bonus. Masa ni la tolong kawan lipat..bestnya aktiviti ni, bagi yang tahu lipat la, sebabnya kena tunjuk kat Dr. betul ke tak semua ahli kumpulan dah siap. Kumpulan pertama yang siapkan habis semuanya ialah kumpulan kami, Gema Genderang. Huhu..rase seronok pula. Hehe..

Minat untuk subjek bahasa dalam multimedia ni terasa ada atau wujud dalam diri aku. Mana taknya, banyak aktiviti. Masuk kelas tak la bosan, asyik dengar pensyarah berleter je. Kebiasannya, kalau kelas selama dua jam, dua jam itu jugalah mendengar syarahan tanpa henti dari pensyarah. Lebih-lebih lagi kalau pensyarah berkenaan serius memanjangnya mengajar. Hmmm..lagi la pelajar malas nak dengar. Dah namanya pensyarah, bersyarah la sepanjang masa.

Aktiviti yang dibuat di dalam kelas multimedia ini memerlukan diri kita bersifat peka. Tindakan yang pantas, serta pendengaran yang baik amat perlu ada dalam diri supaya tidak leka. Misalnya, semasa sesi soal jawab. Siapa kumpulan yang cepat bangun semua, kumpulan itu lah yang akan jawab dan dapat markah . Berapa markah yang diberi, hanya Dr. Normaliza sahaja la yang tahu. Apa lagi, banyak la kumpulan yang exited nak jawab cepat. Akhirnya sia-sia pula, haha…sebabnya kebanyakkan jawab tak tepat, hanya cepat bangun je, huhu…tak dapat juga markah macam kumpulan lain yang tak sempat nak bangun. Rasanya, Dr. Normaliza suka bab menyoal dan berjawab ni, ye la..dr. boleh tahu kumpulan mana yang tidak mendapat sebarang markah . Saje je Dr buat aktiviti macam ini. Tapi, di setiap apa yang Dr. Normaliza ni buat, mesti ada tujuannya. Tujuan adalah supaya pelajar mengambil perhatian semasa beliau memberi kuliah sebelum sesi soal jawab dijalankan.

Ambil subjek multimedia ni, banyak perkara baru yang dipelajari kena buat. Misalnya mengambil gambar, nampak macam senang tapi, gambar tu pula mesti menyimpan makna, iaitu berdasarkan apa-apa sahaja peribahasa. Patutlah minggu sebelumnya Dr. Normaliza suruh bawa kamera. Ini rupanya aktiviti yang perlu buat. Yang kelakarnya, setiap ahli kumpulan memainkan peranan yang sama, mencari gaya yang sesuai dengan peribahasa. Mula lah bermacam aksi, posing maut dibuat depan kamera.

Dah la Dr. nak gambar yang nampak real. Katanya ‘tak nak gambar yang nampak macam ambil gambar untuk saiz pasport’, huhu…mesti kreatif. Tak pernah la dalam hidup aku ambil gambar kena bersesuaian dengan peribahasa. Pening juga macam mana la gaya ataupun aksi yang sesuai dengan peribahasa. Tangkap gambar pula hanya dibenarkan kawasan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi sahaja.

Gambar yang telah diambil nanti pula dibentangkan dalam kelas minggu seterusnya. Dah tu kena buat dalam bentuk power point selama tujuh minit untuk setiap kumpulan. Harus juga dimasukkan lagu. Caranya lebih kurang sama dengan tugasan persembahan power point kelas tutorial yang pertama. Bila dah mula bergerak buat, baru lah terasa payah, bukan senang nak ambil gambar bertemakan peribahasa. Kumpulan lain pun mungkin merasa perkara yang sama.Sampai waktu bentang, semua tumpukan perhatian tengok depan. Nak tengok juga kumpulan lain macam mana gayanya ambil gambar bertemakan peribahasa. Ada juga gambar yang kelakar. Masa bentang tu pula, kalau nama ahli kumpulan dipanggil, kesemua ahli dalam kumpulan itu hendaklah bangun cepat dan semua harus ada berdiri di depan. Jika tidak, kumpulan lain yang akan dipanggil untuk membentangkan hasil tugasan.

Ni lagi satu, yang aku tak boleh lupa, semasa buat aktiviti yang Dr. Normaliza memesan supaya membawa kertas keras lima keeping saiz A4 sebanyak lima keeping, majalah yang terpakai, gunting , gam dan tali riben. Dr. Normaliza bukannya nak beritahu dalam kelas apa yang harus dibawa untuk aktiviti seterusnya untuk minggu depan. Beliau suka bagi arahan supaya pergi tengok sendiri apa yang perlu dibawa dan arahan tersebut ditampalnya pada notis di depan bilik. Jadi, kepada kumpulan yang tidak pergi melihat sendiri serta mencatat apa yang penting mesti tidak tahu nak bawa apa untuk aktiviti seterusnya. Namun, semua pelajar yang mengambil subjek bahasa dalam multimedia ini mendengar arahan dan baik-baik semua, hehe… tak pernah menghampakan.

Berbalik pada aktiviti tadi, aku dan rasanya orang lain pun berfikir sama, apa benda la Dr. Normaliza ni nak suruh buat. Akhirnya saat yang ditunggu pun tiba. Kami telah diterangkan oleh Dr bahawa aktiviti hari tu adalah untuk membuat kesesuaian gambar yang diambil dari majalah kemudian di tampal pada kertas keras dan di gantung dengan menggunakan tali riben. Selain itu, nama kumpulan dan juga semua nama ahli dalam kumpulan serta nombor matrik kena gunting dari majalah yang dibawa dan tampal pada kertas keras warna hitam .

Tujuan aktiviti ni dibuat adalah untuk melihat bagaimana kita menggunakan sesuatu gambar itu untuk dibuat hiasan. Bukan suka hati pilih dan main ambik je gambar tersebut. Apa yang penting gambar mestilah ada ataupun mempunyai ciri asas grafik. Dan tulis di belakang iklan tersebut lebih kepada ciri yang mana satu. Jika ianya lebih kepada ciri kesesuaian, kena cari huruf dan cantumkan sehingga membentuk perkataan kesesuaian. Begitu juga yang seterusnya. Gambar yang dilekat pula mesti kemas dan rata.

Aktiviti ni memupuk semangat kerjasama antara kami dalam kumpulan. Masing-masing telah diberikan tugas. Apa yang tension nye kelas ni , aktiviti yang dibuat pada hari tu mesti disiap kan dalam kelas juga. Jadi, kami semua terpaska bekerja dalam tekanan dan mengejar masa. Masing-masing aku tengok kusyuk buat kerja. Aku pun apa kurangnya, huhu…puji diri pula. Ada yang tensionnya lebih nak senyum pun tak mampu. Sebenarnya Dr. nak latih kami supaya bersedia untuk membuat kerja berada dalam tekanan kerana apabila bekerja kelak kami akan biasa dengan situasi tekanan ini. Semua yang Dr ni buat mesti ada tujuannya.Setelah siap kami semua rasa lega sebab dapat siap kan kerja dalam masa yang ditetapkan. Walaupun agak kelam kabut tambah lagi melihat ada kumpulan yang dah siap, masih juga sempat menyiapkan dengan jayanya. Syabas diucapkan kepada kumpulanku. Bila dapat markah tu, tengok dapat A, terus aku teringat zaman sekolah rendah masa darjah satu hingga darjah tiga. Cikgu suka bagi markah macam tu. Huhu..

Wow…dah sampai muka surat ke sepuluh rupanya. Aku rasa macam tak percaya je boleh cerita sampai begini banyak. Tapi, secara keseluruhannya, bagi aku, kelas bahasa dalam multimedia ni memang best. Walaupun dihujani tekanan-tekanan yang melampau, namun daripada situ, aku merasakan banyak perkara baru yang aku pelajari. Bagiku, masa buat kerja, kena enjoy dan mesti yakin pada diri sendiri kita boleh buat macam orang lain juga.

Apapun sebelum menoktahkan titik-titik terakhir jari-jemariku mengakhiri luahan rasa dalam ketika dan kalimat ni, aku mohon kemaafan terutamanya kepada Dr. Normaliza, Cik Aliaa, Dr. Arbaie dan rakan-rakan yang lain. Tak lupa di sini, aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberi kepadaku selama ini kepada anda semua sama ada yang menolong secara langsung ataupun tidak langsung dalam menyelesaikan tugasan yang diberi. Terima kasih atas sokongan kalian. Sekian.

BioDatA TokOh

Latar Belakang Lim Swee Tin






Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin mempunyai darah campuran di mana bapa beliau berketurunan Cina dan ibunya berketurunan Thai. Beliau dilahirkan di Bachok, Kelantan pada 26 September 1952 dan merupakan anak ketiga daripada tujuh adik-beradik.

Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Kebangsaan Tawang dan Sekolah Kebangsaan Machang, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Hamzah Machang sebelum mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Persekutuan di Pulau Pinang.

Beliau sekarang merupakan Pensyarah Kesusasteraan Melayu di Jabatan Bahasa Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia ( UPM ). Lim Swee Tin merupakan pengarang sajak dan deklamator. Genre yang paling digemarinya ialah sajak.

KepakaRan TokoH

Kepakaran yang dimiliki


Beliau mempunyai kepakaran dalam Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden Teori Kesusasteraan, Kritikan Kesusasteraan, Kesusasteraan Bandingan, penglahiran Bakat dan Penulisan Kreatif ( Puisi, Cerpen, Novel, Drama ). Kini, puisi berjudul 'Ketika Kami Bercerita Tentangnya' telah dipilih sebagai teks puisi di dalam antologi 'Anak Bumi Tercinta' bagi tingkatan tiga.

AnuGerah Dimiliki

Anugerah yang diperolehi



Beliau telah memenangi Hadiah Sastera Malysia 1982-1983. 1984-1985, dan 1988-1989. Pada tahun 1983, Lim memenangi Anugerah Puisiputra II, melalui kumpulan sajak ‘Akrab’. Kumpulan sajaknya yang telah diterbitkan, antara lain ‘Eva” ( 1981 ), ‘Akrab’ ( 1985 ), dan ‘ Sebuah Fragmen Cinta’ ( 1998, 2000 ) dan kumpulan ‘ Memetik Mawar’ ( 2003 ). Berdasarkan penglibatan berterusan dan komitmennya dalam bidang penulis kreatif, pada tahun 2000 lalu, Lim dianugerahi S.E.A Write Award, penghargaan tertinggi bidang kesusasteraan di Asia tenggara oleh Kerajaan di Negara Thailand.

PenGLibaTaN DalaM MenDekLasI SajAk

Penglibatan Dalam Deklamasi Sajak










1970

Lim Swee Tin mula melibatkan diri dalam acara deklamasi sajak sekitar 70-an. Ketika itu, beliau mengikuti kumpulan teater iaitu teater “Malini”. Teater Malini ini sangat aktif pada tahun1970-an membuat persembahan teater dan menyertai acara deklamasi. Pada masa itu, Dr. Lim menyampaikan sajak di merata tempat di negeri Kelantan. Dalam sekitar tahun 70-an juga, Jabatan Pelajaran Kelantan melantik Dr. Lim menjadi pengadil dalam acara mendeklamasikan sajak.Pada tahun1972-1973, beliau berada di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Pada masa ini, beliau sudah senyap-senyap menyertai bidang deklamasi. Pada tahun 1972 bulan Ogos sempena sambutan hari Kemerdekaan, beliau diundang secara rasmi yang pertama di Dewan Besar Maktab itu pada malam kemerdekaan yang judul sajaknya ialah ’31 Ogos’. Ini merupakan titik bermulanya Dr. Lim di depan khalayak ramai.




1980


Tahun 80-an, Dr. Lim giat mendeklamasi puisi di merata tempat. Kali pertama ialah, Hari Puisi Nasional di negeri Kelantan pada tahun 1981. Selain mendeklamasikan sajak, beliau juga membimbing pelajar untuk meyampaikan deklamasi sajak. Sekitar tahun ini juga, beliau kerap diundang ke stesen radio terutamanya Radio Kelantan dan juga Kota Bahru di Kuala Terengganu. Beliau juga telah mengikuti acara peringkat Nasional iaitu acara Hari Sastera Malaysia, hari Puisi Nasional dan juga Pertemuan Sasterawan Nusantara di Singapura.



1990

Dr. Lim menyifatkan tahun 1990-an ini merupakan zaman pemantapannya dalam bidang deklamasi sajak. Pada ketika ini beliau telah dipilih mewakili mlaysia pada acara Pengucapan Puisi Dunia, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 1919 kali pertama. Acara ini disifatkan sebagai acara berperingkat antarabangsa. Sekitar tahun 1990-an ini juga, beliau melebarkan sayapnya dengan membaca puisi di Indonesia selama satu bulan dan dibayar oleh Dewan bahasa dan Pustaka sebanyak RM14,000 di Singapura.1995Beliau telah dilantik menjadi antara juri acara Baca Puisi Kementerian Penerangan Malaysia sempena Hari Kebangsaan dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional ( GAPENA ). Selain itu, beliau membimbing deklamator muda . Dr. Lim juga mengikuti pelbagai acara di peringkat nasional, wawancara dalam radio, televisyen dan majlis utama negara, Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka.1998Bersempena Persidangan Ketua-ketua Negara Eropah Asia (ASEN 2 ), beliau telah menjadi wakil Malysia untuk sampaikandeklamasi sajak di Royal Festival Hole, South Bank, London disamping seorang dari Thailand, Indonesia dan Filipina. Sebanyak 9 buah sajak disampaikan pada ketika itu.



2000

Pada ketika ini, beliau masih lagi konsisten deklamasi sajak di merata-rata tempat, memberi bengkel dan latihan, menjadi juri termasuk di Singapura. Tahun ini, beliau telah dianugerah S.E.A Write Award, ( Anugerah Persuratan Asia Tenggara) disampaikan oleh Kerajaan Siam, Thailand.



2001

Dr. Lim telah bersama menjayakan acara besar di Thailand pada bulan November, ekoran insiden 11 September, New York. Kabinet Thailand mengutuskan untuk mengadakan konsert For The World Peace From Bangkok yang dijayakan oleh seniman dari Thailand. Lim merupakan satu-satunya undangan dari Malaysia. Beliau menyampaikan dua sajak. Acara tersebut dipancarkan selama 3 jam setengah di seluruh Thailand dan diedarkan ke seluruh dunia. Selain itu, pada tahun yang sama, Taiwan memilih beliau sebagai peserta pengucapan Puisi Dunia di Taipei dan juga di Kuala Lumpur. Dalam masa yang sama, beliau kekal sebagai hakim sayembara deklamasi puisi kebangsaan.



2002

Pada tahun ini, beliau dipilih oleh Menteri Penerangan untuk Jawatankuasa Seni Budaya TV1, RTM. Selain itu, untuk tv dan radio, beliau melatih deklamator untuk acara deklamasi di tv bagi menjayakan puluhan program di tv. Antaranya ialah Deklamasi Angkasapuri, termasuklah tv di Singapura dan acara besar negara.



2007

Ketika ini, beliau membaca sajak acara penutup pertandingan Pidato Antara Bahasa Melayu di PWTC. Beliau masih lagi menjadi juri untuk peringkat akhir, daerah, saringan, zon dan kebangsaan untuk acara baca Puisi Kementerian Penerangan Malaysia sempena Hari Kebangsaan dengan kerjasama GAPENA.



2008

Beliau mengikuti acara anjuran UNESCO, Larian Keamatan di PWTC.2009Masih lagi meneruskan acara anjuran UNESCO. Lim juga membaca sajak pada perhimpunan Sembah Setia kepada Di Bawah Duli Sultan Perak di PWTC. Beliau telah membaca sajak dalam puluhan majlis puisi Malam Puisi Palestin. Pada tahun ini juga, beliau telah menerbitkan sebuah cd yang mengandungi 16 puisi deklamasi sajak yang berjudul Mencari Indah untuk tatapan masyarakat yang mencintai sastera Melayu. Di dalam cd tersebut, telah dimuatkan sebanyak 14 puisi pelbagai nada, tema dan lagu yang dinyanyikan sendiri.

TeMa PerKahWinan

Sajak Tema Perkahwinan dalam Citra Kurnia



Perkahwinan
Tuhan mencipta Adam
Tuhan mencipta Hawa
Tuhan merencana pertemuan
Lelaki dan wanita dipersatu
Dalam sebuah ikatan takjub
Bernama perkahwinan
Perkahwinan adalah sumbu sentiasa menyala
Dalam dakap hangat kasih
Tak pernah kunjung padam
Perkahwinan adalah hujan sentiasa merenyai
Dalam rangkul dingin sukma
Selamanya berpadu manis ingatan
Tuhan merangka peta hayat
Tuhan merangka kudrat iradat
Kira terhiris kulit batinmu
Itulah hujan
Kerikil di depan dugaan pun pahit
Untuk berdiri dan tegak kembali
Meneguk piala kemenangan
Tuhan mengasihi hamba-Nya sedemikian
Perkahwinan bukan sebuah pengembaraan
Tak berhujung
Kerana ada waktu terpijak rantau
Kaki pun berdarah
Perkahwinan bukan sebuah pelayaran
Tak berpangkalan
Kerana ada kalanya rebut bergulung
Memaksa pula singgah berlindung
Tuhan menganugerah kehidupan
Tuhan menganugerah kesentosaan
Sekali pantai perkahwinan kau susur
Reguklah beri ini dengan tadah dan nikmat
Genggamlah kurnia ini dengan tunduk dan syukur




Dideklamasikan pada Majlis Perkahwinan saudari Azean & saudara Zamzuri, 16 Februari 2002, di Dewan Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur.

TeMa SeNimaN

Sajak Tema 'Seniman' dalm buku Citra Kurnia







Monolog Kecil Seniman Bangsa





Dia seniman rakyat
Menggilap bakat dan kreativiti dalam lagu
Siapa tak mesra 'Basikal Tua' nya
'Balik Kampung' di setiap musim perayaan
Meruntun jiwa kita lewat 'Merisik Khabar'
dan 'Salam Terakhir' nya
Sudirman melihat citra seni
Dari ruang takrifan lain langkaui garis sempadan
Dianyamnya estetika, cinta dan patriotisme
Puluhan ribu menunggunya di Jalam Chow Kit
Di London dijulangnya nama negara
sebagai 'Penghibur Terbaik Asia'
Suka duka perjalanan anak seni ini
Terpintal rapi dalam lirik dan nyanyian
Sudir, hadirmu begitu sebentar, sementara pergimu
seperti tergesa
Ketika bangsa tercari-cari seniman sejati
Kau tinggalkan kami gemilang namamu, indah dan abadi.





-Mengenang Allahyarham Sudirman Hj. Arshad


-Dideklamasikan untuk siaran TV 1, RTM, 2002