Sajak Tema Perkahwinan dalam Citra Kurnia
Perkahwinan
Tuhan mencipta Adam
Tuhan mencipta Hawa
Tuhan merencana pertemuan
Lelaki dan wanita dipersatu
Dalam sebuah ikatan takjub
Bernama perkahwinan
Perkahwinan adalah sumbu sentiasa menyala
Dalam dakap hangat kasih
Tak pernah kunjung padam
Perkahwinan adalah hujan sentiasa merenyai
Dalam rangkul dingin sukma
Selamanya berpadu manis ingatan
Tuhan merangka peta hayat
Tuhan merangka kudrat iradat
Kira terhiris kulit batinmu
Itulah hujan
Kerikil di depan dugaan pun pahit
Untuk berdiri dan tegak kembali
Meneguk piala kemenangan
Tuhan mengasihi hamba-Nya sedemikian
Perkahwinan bukan sebuah pengembaraan
Tak berhujung
Kerana ada waktu terpijak rantau
Kaki pun berdarah
Perkahwinan bukan sebuah pelayaran
Tak berpangkalan
Kerana ada kalanya rebut bergulung
Memaksa pula singgah berlindung
Tuhan menganugerah kehidupan
Tuhan menganugerah kesentosaan
Sekali pantai perkahwinan kau susur
Reguklah beri ini dengan tadah dan nikmat
Genggamlah kurnia ini dengan tunduk dan syukur
Dideklamasikan pada Majlis Perkahwinan saudari Azean & saudara Zamzuri, 16 Februari 2002, di Dewan Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur.
0 comments:
Post a Comment